lalalalala dah baca, follow laa ^^,

Monday, October 1, 2012

Twitt Girl


Sekadar hiasan

Perempuan Twitter di sini merujuk kepada perempuan yang menggunakan laman sosial Twittersecara kerap, konsisten dalam kehidupan seharian.

A new platform for women to commercial her self in social media medium by using attraction words, beauty and response for certain purpose.

Dari tweet jatuh ke hati katanya. 

Dunia media sosial telah berkembang dan beralih arah dari Facebook ke Twitter. Perempuan Facebook secara pandangan jujurnya sudah kurang mendapat sambutan berbanding Perempuan Twitter. Perempuan Blogger juga sudah kurang diberi perhatian kerana kehadiran Perempuan Tumblr yang lebih hispter.

Berikut adalah contoh streotype Perempuan Twitter;

1. Followers lebih dari 500 orang. Ya, anda adalah Perempuan Twitter kategori junior. Kalau pada range 1000 - 5000 followers, anda adalah kategori hip. Kalau dah nak cecah 10000 dan ke atas. Anda adalah Tweet Famous. Bawah 500 followers? Maaf, cuba lagi.

2. Following pula, semestinya selebriti, Tweet Famous, rakan terdekat, mereka yang selalu memuji anda di Twiiter, rakan yang baru kenal di Twtup, perjumpaan blogger, majlis kahwin orang famous dan tak lupa event-event alternatif seperti Pelancaran Kitab Terfaktab. Aher her her.

3. Yang cantik di dahulukan, yang kurang cantik, tengok apa yang di tweet itu best ke tak. Mostly, kalau yang cantik, akan mempunyai ramai followers. Jika yang cantik itu kurang followers, sama ada dia protect-account atau belum lagi para lelaki di Twitter explore. Lebih kurang seperti mencari band rare United Kingdom. Jika menjumpai perempuan cantik yang kurang followers, ia seperti satu perkara yang amat rare. Semestinya, haruslah di SEBARKAN.

4. Perempuan Twitter yang Tweet Famous secara khususnya popular kerana banyak melibatkan diri dalam aktiviti sosial di luar. Contoh seperti @AidaSue, pengerusi Twtup KasihNo wonder lah kan? 

5. Selebriti bukanlah Perempuan Twitter yang dimaksudkan dalam perbincangan ini kerana mereka kebanyakannya sudah popular di kaca televisyen, majalah dan pawagam sebelum popular di Twitter. Zahrina Lavocah misalnya. Faham?

Juga sekadar hiasan
Kebaikkan Perempuan Twitter

1. Cantik sebab natural beauty. 

2. Cantik sebab Instagram. Oh, Perempuan Instagram lain cerita.

3. Cantik sebab make-up. Photoghenic

4. Orang cakap, apa yang anda tulis mencerminkan peribadi diri. Kalau tweet perkara yang cool, perempuan itu 90% cool. Kalau tweet perkara dakwah, perempuan itu 90% perempuan muslimah atau  paling tidak perempuanhijabster. Kalau tweet perkara emo, perempuan itu 90% bukan peminat K-Pop. Itu juga berita baik bukan?

5. Cepat mengetahui isu semasa. Boleh berfikir dengan baik dan tidak mudah terasa atau terlalu sensitif. Dunia Twitter telah menjadikan Perempuan Twitter bukan perempuan yang senang touching. Mereka berpegang pada prinsip, 'Keep calm and carry on' seperti yang ditegaskan oleh Ketua Twitter Malaysia.

Keburukkan Perempuan Twitter

1. Cantik di avatar, tidaklah impressed mana cantiknya bila di dunia luar atau In Real Life. Ramai juga lelaki yang kecewa dengan hal ini.

2. Aktif bertweet seperti seorang yang petah dan lincah berkata-kata. Tapi bila jumpa In Real Life, perempuan itu mungkin menghabiskan masa dengan termenung melihat gelas bila berjumpa. Diam malu-malu katanya. Hekeleh. And yeah, vice versa.

3. Perempuan itu misteri di alam Twitter, tapi famous. Sekali bila berjumpa, perempuan itu adalah ex anda yang anda bermusuh atau musuh kepadagirlfriend anda sekarang. Ini boleh menghasilkan drama.

4. Menurut pengalaman beberapa kaki Twitter, kemungkinan untuk terhasilnya drama besar terjadi kerana sesetengah perkara yang kurang elok di alam Twitter telah dibawa keluar ke In Real Life. Ini menyebabkan ada antara Perempuan Twitter berpuak-puak antara satu sama lain. 

5. Dr. Jack ada memberitahu bahawa 70% Perempuan Twitter adalah dari keluarga kaya atau memang mempunyai banyak duit. Jadi, mereka memang melihat duit lelaki itu dahulu, barulah personalitinya. Kemudian Dr. Jack juga memberitahu 37% Perempuan Twitter sudah berkahwin atau janda. Ini tak diketahui buruk atau tidak. Dan akhir sekali, 50% Perempuan Twitter juga adalah kaki troll. Tahan tak tahan je lah.

Kesimpulan

What happens in Twitter, stay on Twitter. Perempuan Twitter lebih suka berpegang dengan prinsip itu kerana tanpa Twitter, tiadalah Twitterjaya. Tiada Twitterjaya, mana meriahnya kehidupan lelaki jika tiada perempuan cantik.

Asalkan, jangan buat kerja bangang seperti mengaku di alam Twitter yang suka ketiaknya dicium oleh pakwe sendiri. Ini namanya tweet pedas hashtag TerasaKe?

Terima kasih kerana membaca

COPYCAT from Terfaktab^^

No comments:

Post a Comment